Perak Hari Ini

Karikatur Monyet: Pemuda PAS Perak Buat Laporan Polis, Gesa Siasatan

IPOH: 15 laporan polis dibuat serentak di semua Balai Polis negeri oleh Dewan Pemuda PAS Perak bagi mengesa agar siasatan dijalankan terhadap tindakan biadap Akhbar Cina Nanyang Siang Pau mengenai karikatur monyet yang disiarkan pada 8 April lalu.

Ketua Pemudanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata karikatur yang didakwa mengambarkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi itu telah menyentuh sensitiviti agama Islam amnya.

“Karikatur itu jelas sekali mengganggu keharmonian kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama kerana ia jelas telah mempersendakan dan menghina Presiden PAS malah merupakan Timbalan Ketua Persatuan Ulama Sedunia yang membawa imej agama Islam.

“Penghinaan itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti ahli PAS bahkan ia menyinggung perasaan semua umat Islam dalam dan luar negara,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya lagi, kebiadapan akhbar itu harus diambil tindakan agar ia tidak berterusan menghina Islam malah dikhuatiri akan merosakkan keharmonian antara umat Islam dan orang bukan Islam.


“Bukan bermakna mereka boleh menghina Islam melalui media perdana secara terbuka dan tindakan ini jelas bermotifkan provokasi dalam melihat tindakbalas rakyat,” katanya.

Katanya lagi, selaku akhbar yang telah beroperasi 93 tahun dalam arus media tempatan, Nanyang disifatkan tidak matang dan profesional dalam mengeluarkan sesuatu berita sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat muslim.

Jelas Akmal lagi, laporan polis dibuat serentak di seluruh Malaysia dan pihak Pemuda PAS mengesa satu permohonan maaf secara bertulis dikeluarkan syarikat berkenaan sebagai peringatan kepada semua.

Pada 8 April lepas, akhbar berkenaan menyiarkan sebuah kartun di portal mereka, yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label ‘Hadi Awang’.

Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label ‘Akta 355’.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");