Perak Hari Ini

Kecoh Ketua Polis Perak Tenat, Tidak Benar

IPOH:Polis Kontinjen Perak mengesahkan bahawa berita yang tersebar mengenai dakwaan Ketua Polis Datuk Sri Abd. Rahim Hanafi kini berada dalam keadaan yang tenat, nazak dan membimbangkan adalah tidak benar. 

Menurut Pemangku Ketua Polis, Datuk Hasnan Hassan perkara itu adalah tidak benar sama sekali malah kesihatan  Ketua Polis Perak kini dalam keadaan yang baik.

“Pihak Polis Kontinjen Perak telah dimaklumkan berkenaan penularan isu itu melalui jaringan sosial berkenaan kesihatan YDH Ketua Polis Perak.

“Berita ini telah mendapat perhatian dari kebanyakan pengguna jaringan sosial “whatapps” dan media sosial di seluruh Negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pihak polis turut menasihatkan agar pengguna-pengguna sosial media berhenti daripada menyebarkan berita palsu tersebut serta tidak mudah terpedaya dan percaya akan berita-berita yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu tanpa mendapatkan pengesahan dari pihak yang berwajib. 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");