Isu Panas

Kemenangan Hadi, Tuan Ibrahim Bukti Gandingan Mantap

KOTA BHARU: Kemenangan tanpa bertanding, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, untuk jawatan presiden dan timbalan presiden, membuktikan pengiktirafan ahli PAS terhadap gandingan kedua-dua kepemimpinan itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kemenangan itu menunjukkan mereka mendapat sokongan padu dalam kalangan ahli bagi meneruskan perjuangan parti.

“Ia perkembangan baik apabila jawatan (Presiden dan Timbalan Presiden) menang tanpa bertanding dan ini menunjukkan gandingan mereka berdua amat diperlukan bagi memimpin parti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Exco Kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim mengekalkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang disandangnya tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup Ahad lalu bagi Muktamar Pusat Ke-63 di Kedah dari 29 April hingga 1 Mei ini.

Jawatan Naib Presiden menyaksikan lima pencalonan termasuk tiga penyandangnya iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Mohd Amar dan Exco Kanan Kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad selain Setiausaha Agung PAS yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan.

Mengenai jawatan naib presiden, Mohd Amar berkata akan mempertahankan jawatan itu untuk pemilihan pada Muktamar Pusat nanti.

“Saya akan pertahankan jawatan Naib Presiden ini dan siapa menang atau kalah tidak jadi masalah, semuanya kawan-kawan.

“Kalau pertandingan peringkat Naib Presiden, ia perkara biasa. Kalau bola, (macam) perlawanan persahabatan..siapa menang atau kalah tidak penting,,” katanya, memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");