Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Amal Tadbir Urus Kewangan Yang Baik- Sultan Perak

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrim Muizzuddin Shah bertitah bahawa kerajaan Perak telah diiktiraf antara pentadbiran negeri terbaik dalam tadbir urus kewangannya.

Baginda bertitah dalam ucapan pembukaan mesyuarat pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Titah Baginda 11 jabatan dan agensi telah dianugerahkan pengiktirafan tertinggi lima bintang, Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecermelangan Pengurusan Kewangan yang berlangsung pada 22 Ogos 2016 yang lalu.

“Kerajaan beta telah berjaya memunggut dan mendapatkan hasil,RM1,011,500 meningkat lima perpuluhan tujuh (5.7) peratus berbanding hasil tahun 2015, dan terimaan pembangunan bernilai RM26,420 juta menjadikan jumlah keseluruhan hasil dan terimaan pembangunan menghampiri RM1.4 bilion.

“RM1.03 bilion telah dibelanjakan; enam puluh empat (64.2) peratus untuk perbelanjaan pengurusan dan tiga puluh enam (35.8) peratus untuk pembangunan,” titah baginda.

Titah Sultan Perak, ketika penutupan akaun 2016, tercatat lebihan RM4.4 juta yang membuktikan, kejayaan Kerajaan Negeri mengekalkan prestasi lebihan, bagi tempoh tujuh tahun berturut-turut.

“Ia satu rekod pencapaian kerajaan mengurus hasil negeri secara cekap lagi cemerlang,” titah baginda.

Baginda turut menasihati para penjawat awam untuk senantiasa mempertahankan nama baik perkhidmatan, teguh dengan prinsip menolak rasuah serta tegas menentang perbuatan salah guna kuasa yang boleh mengakibatkan berlakunya ketirisan hasil negeri.

“Para penjawat awam hendaklah menjadikan inspirasi, kisah Nabi Sulaiman Alaihissalam yang tidak tergugat dengan sogokan kebendaan,” titah baginda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");