Perak Hari Ini

Kerajaan Salur Peruntukan RM1,87,120 Kepada DUN Keranji

IPOH:Sepanjang Tempoh 2013 hingga 2016 kerajaan telah meluluskan 52 projek pembangunan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1,87,120 untuk kawasan DUN Keranji.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata peruntukan tersebut telah disalurkan melalui agensi pelaksana dibawah kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan melibatkan pembangunan sosial dan Luar Bandar.

Beliau yang juga merangkap ADUN Kamunting berkata, Ia melibatkan proses naiktaraf infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, rumah ibadat, komuniti masyarakat, sistem perparitan dan bangunan.

“Kerajaan negeri telah melantik Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap Daerah bagi menguruskan terimaan peruntukan bagi mengenalpasti projek-projek pembangunan untuk daerah masing-masing,” katanya menjawab soalan lisan ADUN Keranji Chen Fook pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Kelima di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Malah jelasnya semua Jabatan Kerajaan diwajibkan mengunapakai garis panduan pelaksanaan yang ditetapka oleh Kerajaan Persekutuan iaitu merujuk kepada 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) yang telah dikuatkuasa pada 3 Julai 2014.

“1PP merupakan peraturan kewangan dan perakaun dalam sistem pengurusan kewangan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan dibawah Seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

“Pekeliling tersebut bertujuan untuk memberi garis panduan dan pengumpulan sumber maklumat serta tatacara pembiayaan projek,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");