Jenayah

Kes Buang Bayi Di Alor Setar Diklasifikasi Kes Bunuh

ALOR SETAR: Seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini ditahan semula selepas polis mengklasifikasikan kes pembuangan bayi yang didakwa dilakukannya sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Datuk Mohd Nashir Ya berkata, kes itu pada mulanya disiasat kerana menyembunyikan kelahiran dengan melupuskan mayat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Namun katanya, bedah siasat menunjukkan bayi lelaki itu hidup semasa dilahirkan.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad selepas tempoh remannya berakhir pada Khamis.

“Kami masih menunggu keputusan ujian punca sebenar kematian bayi itu,” katanya memetik sumber mStar Online.

Pelajar berusia 20 tahun itu ditahan selepas laporan dibuat susulan penemuan mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas di asrama IPTA itu.

Laporan dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasuk di Jitra kira-kira pukul 5.20 petang Khamis.

Suspek dari Sungai Petani itu ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");