Berita Hari Ini

Ketua Hakim Negara baharu akan pacu badan kehakiman ke arah kecemerlangan – SPRM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya Ketua Hakim Negara yang baharu Tan Sri Md Raus Sharif akan memacu badan kehakiman ke arah kecemerlangan.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata SPRM juga percaya Md Raus akan mampu memastikan badan kehakiman negara bebas daripada sebarang gejala rasuah.

“SPRM juga percaya Yang Amat Arif akan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan bebas, berani dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.

Selain itu, beliau berkata SPRM turut mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Ahmad Maarop, yang masing-masing dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya.

Dzulkifli berkata SPRM berharap pelantikan baharu itu dapat memperkasakan lagi kerjasama SPRM dengan badan kehakiman negara yang telah sedia terjalin dalam usaha membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Md Raus yang merupakan Presiden Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 1 April, menggantikan Tun Arifin Zakaria yang mencapai tempoh perkhidmatan 66 tahun enam bulan. — Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");