Berita Hari Ini

Ketua Polis Kelantan meninggal dunia

KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan Supt Shaikh Azhar Shaik Ab Rahman berkata Allahyarham Ab Rahman, 59, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 3.45 petang tadi.

“Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Datin Che Nat Hassan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, Bachok.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai tahun lepas menggantikan Datuk Mazlan Lazim. — Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");