Membawang Hari Ini

Konsert Gary Dibatalkan Di Malaysia Bukan Kerana Perkahwinan Mengejut

Konsert solo bekas anggota rancangan reality Running Man, Kang Gary yang sepatutnya berlangsung pada 21 Mei ini di Malaysia dikhabarkan telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Rata-rata peminat penyanyi Rap Kpop itu turut kecewa dengan berita itu apatah lagi setelah Gary mengumumkan tentang perkahwinan mengejutnya baru-baru ini.

Disebalik pembatalan konsert berkenaan, difahamkan terdapat beberapa kenyataan yang bercanggah daripada pihak penyanyi terbabit.

Dipetik daripada AllKpop.com, agensi penyanyi berkenaan, dalam kenyataanya menyatakan bahawa pembatalan konsert itu tiada kaitan dengan perkahwinan Gary.

“Terdapat andaian yang menyatakan ia dibatalkan kerana perkahwinan mengejut dia baru-baru ini.

“Namun Ace Music Production menerusi laman Facebook menyatakan pembatalan itu adalah sesuatu yang tidak diduga,” tetapi lain pula kenyataan yang didedahkan wakil Gary.

Agensi Gary mendedahkan bahawa pembatalan konsert berkenaan di Malaysia bukanlah suatu situasi yang tidak diduga sebaliknya ia disebabkan pihak penyanyi berkenaan tidak menerima sebarang wang pendahuluan.

“Konsert telah dibatalkan kerana Gary tidak menerima bayaran muka tanda persetujuan daripada pihak penganjur.

Satu lagi laporan menyatakan, “Konsert di Malaysia telah dibatalkan kerana syarikat produksi tidak menghantar jumlah wang yang dipesetujui mengikut kontrak.

“Kami mengesahkan konsert pada awal Mei, tetapi mereka dengan konsisten menolak pembayaran semula , jadi kami terpaksa membatalkan pertunjukan. Perkahwinan mengejut Gary tidak ada kaitan dengan pembatalan konsert.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");