Berita Hari Ini

Korea Utara Palu Gendang Perang

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, membuat penampilan pada perarakan tentera yang diadakan secara besar-besaran sempena sambutan ulang tahun kelahiran mendiang datuknya yang juga pengasas negara itu, Kim Il-sung pada Sabtu.

Stesen rangkaian televisyen Korea Utara menunjukkan Jong-un memakai baju sut hitam dan kemeja putih, tiba di dataran di ibu negara dengan menaiki limosin sebelum memeriksa perbarisan degnan berjalan di atas karpet merah.

Beliau kemudiannya menaiki podium dan menyampaikan ucapan kepada ribuan tentera serta pengunjung yang memenuhi dataran tersebut.

Sebuah peluru berpandu balistik juga turut dipamerkan pada perarakan itu buat pertama kali manakala sejumlah besar aset tentera turut dibawa berarak termasuk kereta kebal, unit artileri dan pelancar roket.

Penganalisis politik Korea Selatan menjangkakan Korea Utara menggunakan perarakan itu untuk mempamerkan kekuatan senjata strategiknya termasuk peluru berpandu jarak jauh.

Sambutan ke-105 itu yang juga dinamakan sebagai Hari Matahari, bagaimanapun dilihat sebagai ‘gendang perang’ yang dipalu oleh Jong-un sebagai persediaan menghadapi serangan awal daripada Amerika Syarikat (AS).

Ia susulan kebimbangan Washington bahawa Pyongyang mungkin mengadakan ujian nuklear keenam, sekali gus memberi ancaman kepada kestabilan serantau terutamanya Korea selatan dan Jepun dengan pembangunan nuklear negara komunis itu.

Ketegangan antara AS dan Korea Utara semakin memuncak pada minggu ini apabila Pyongyang mengeluarkan beberapa ancaman untuk menghancurkan tentera AS dan sanggup berperang jika itu pilihan musuh memetik sumber Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");