Membawang Hari Ini

Korn Teruskan Siri Jelajah Bersama Pemain Gitar Berusia 12 Tahun

Korn secara rasminya memilih Tye Trujillo, anak kepada pemain bass Metallica Robert Trujillo yang kini berusia 12 tahun, untuk bermain bass bersama kumpulan mereka dalam siri jelajah di Amerika Selatan.

Pemain bass utama mereka, Reginald “Fieldy” Arvizu, bagaimanapun tidak dapat mengikuti siri jelajah tersebut.

Namun Fieldy akan kembali bergabung dalam siri jelajah Korn di Amerika Utara pada Mei ini.

“Kami kecewa kerana Fieldy tidak dapat bersama kami di siri jelajah Amerika Selatan. Akan tetapi kami bersemangat dan akan membuat persembahan di beberapa sesi bersama pemain bass muda seperti Tye,” kata Korn.

Konsert Korn di Amerika Selatan bakal bermula pada 17 April ini di Bogota Kolumbia, dan penutupnya pada 27 April di Santiago, Chile.

Pada usia 8 tahun Tye Trujillo sudah beraksi bersama The Helmets, dan juga pernah tampil di beberapa festival besar seperti Bottlerock, Lollapalooza Chile dan panggung Kidzapalooza di Lollapalooza.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");