Perak Hari Ini

Kuala Kangsar Ada Potensi Besar Untuk Industri Kraf

IPOH:Pelbagai produk pelancongan terutamanya dalam bidang kraf di Kuala Kangsar mempunyai potensi besar untuk diketengahkan bagi menjana ekonomi rakyat dan negeri amnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata terdapat seramai 165 usahawan kraf berdaftar di dalam Daerah Kuala Kangsar.

“Mengikut bidang kraf iaitu hasil seramik (102 orang), tekstil (batik, tekatan, sulaman) 25, hasil logam (besi, pewter) 23, hasil rimba (kayu, buluh, batik) 5 orang dan kebanyakan usahawan yang berada di sekitar Bandar Kuala Kangsar adalah lokasi terkenal iaitu Sayong dan Bukit Chandan,” katanya.

Beliau yang juga merangkap ADUN Tualang Sekah berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang diajukan oleh ADUN Bukit Chandan (BN) Maslin Sham Razman pada persidangan DUN hari ini.

Katanya Perkampungan Kraf di Sayong sedang dibangunkan oleh pihak Kraftangan Malaysia bersama beberapa agensi secara NBOS dibawah program “Kraf Kampungku”.

“Projek ini telah bermula di Sayong mulai September 2016 dan telah dilancarkan secara rasmi pada 25 November 2016 melibatkan kawasan Kampung Pauh hingga Koperasi Industri Kraf (KIK) Kg Kepala Bendang yang mempunyai ramai pembuat produk seramik atau labu sayong,” katanya.

Katanya lagi, usaha tersebut merangkumi pengeluaran, pemasaran, pembangunan pakej pelancongan dan pelbagai aktiviti yang dijalankan masyarakat setempat.

“Bagi kraf tekatan dan senjata besi, ia berpusat di kawasan Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan dan sedang dibangunkan dibawah inisiatif SDSI dan sesuai sebagai produk pelancongan kerana berhampiran dengan lokasi istana,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, hala tuju pembangunan pelancongan di Kuala Kangsar adalah berdasarkan dokumen perancangan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar.

Malah jelas Nolee Kerajaan negeri menyambut baik cadangan mewujudkan pusat pelancongan bertemakan Mini Malaysia yang bertujuan memperkenalkan budaya dan adat resam suku kaum di Malaysia berdasarkan Rancangan Tempatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");