Jenayah

Lagi insiden budak tersekat dalam mesin basuh

GUIZHOU – CHINA: Lagi insiden membabitkan kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh,malah kali ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun di China.

Dalam kejadian terbaharu, seorang kanak-kanak dari Anshun City tersekat di dalam mesin basuh ketika bermain bersendirian dalam kejadian di sebuah kedai makan.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian sebaik menerima laporan terpaksa memotong mesin berkenaan menggunakan playar gergasi bagi menarik keluar mangsa.

Memetik sumber Shanghaiist, mangsa dikejarkan ke hospital namun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Insiden tersepit di dalam mesin basuh sering dilaporkan berlaku di China.

November lalu, seorang kanak-kanak perempuan tersepit di bahagian ‘drum’ pengering mesin basuh separuh automatik dan seorang lelaki turut berdepan situasi yang sama ketika membersihkan alatan tersebut Mei tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");