Perak Hari Ini

Langkah Korek Longkang Atasi Banjir Di Bercham Tertangguh

IPOH :Usaha pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi mengatasi masalah banjir yang dialami penduduk di beberapa kawasan perumahan di Bercham, di sini nampaknya masih belum berhasil.

Ia berikutan kerana cadangan menaiktaraf laluan longkang bawah tanah sepanjang 150 meter berhampiran kawasan Industri Bercham itu terpaksa ditangguhkan sementara setelah mempertimbangkan permintaan pemilik kolam ikan berhampiran lokasi longkang tersebut.

Menurut Ahli Majlis MBI, Aldrich Low pihak MBI telah menghantar notis amaran kepada pemilik kolam tersebut pada 23 November 2016 bagi langkah penyelenggaraan longkang tanah tersebut bagaimanapun masih belum mendapat maklum balas sehinggakan pihaknya terpaksa mengambil tindakan.

Ahli Majlis MBI, Aldrich Low

“Kita sepatutnya menjalankan proses mengorek laluan longkang bagi mengatasi masalah banjir di sekitar kawasan ini bagaimanapun pihak pemilik kolam haram ini memohon kami menangguhkan kerja sementara kerana ia akan mendatangkan kerugian besar kepada perniagaannya,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak MBI bakal mengadakan perbincangan semula bersama wakil penduduk dan pemilik kolam ikan tersebut bagi mendapatkan langkah penyelesaian terbaik yang tidak akan merugikan mana-mana pihak.

Terdahulu, pihak Kejuruteraan MBI tampil mengemukakan langkah membina laluan longkang bawah tanah itu bertujuan menyalurkan air terus ke dalam kolam bagi mengatasi masalah air bertakung dan banjir yang berlaku selama hampir 10 tahun ini.

“Pihak MBI mendapati terdapat jajaran longkang tanah sedia ada sepanjang 100 meter telah dipenuhi dengan semak samun dan sempit hingga mengakibatkan laluan aliran sedia ada tidak lancar dan menyebabkan banjir terutama pada waktu hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Bercham, Lim Huey Shan yang turut hadir ke lokasi tersebut turut meminta agar pihak MBI mempertimbangkan cara lain bagi mengatasi masalah banjir kerana berkemungkinan masalah itu tidak hanya berpunca daripada saliran berkenaan tetapi disebabkan oleh faktor lain.

Ketua Kampung Bercham, Lim Huey Shan

“Pihak MBI perlu hadir ke lokasi ini pada waktu hujan lebat supaya dapat meneliti punca sebenar kerana apabila hujan lebat kawasan longkang berhampiran kolam tidak tersekat dan bertakung hingga menjadi punca kepada banjir itu.

“Pemilik kolam ikan juga sudah lama mengusahakan kolam ini dan baru sahaja memasukkan benih anak ikan jika langkah membesarkan longkang dijalankan ia akan memberikan kerugian besar jadi kami minta ia ditangguhkan sementara,” katanya.

Setiap kali hujan, penghuni sekitar kawasan perumahan berhampiran Industri Bercham pastinya resah dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun MBI telah menjalankan proses naiktaraf jajaran baru longkang melibatkan Taman Mujur dan Anjung Bercham sepanjang 15 kilometer pada awal bulan ini bagi mengatasi masalah banjir dikawasan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");