Berita Hari Ini

Lapangan Terbang Sibu Kembali Beroperasi

SIBU: Lapangan Terbang Sibu kembali beroperasi pada tengah malam Ahad, 12 jam lebih awal daripada yang disasarkan berikutan penutupan pada Sabtu selepas pesawat MAS tergelincir dari landasan.

Memetik sumber mStar Online, Pengurus lapangan terbang itu, Zainuddin Abu Nasir berkata kerja-kerja penyelenggaraan beberapa lubang di landasan tersebut selesai kira-kira pukul 11 malam Ahad.

Katanya, NOTAM (notis kepada juruterbang) telah dihantar kepada syarikat penerbangan mengenai penyambungan semula operasi di lapangan terbang itu yang sebelum ini hanya dijadualkan dibuka semula pada tengah hari Isnin.

Lapangan terbang itu ditutup kira-kira pukul 11 malam Sabtu selepas pesawat MAS dari Kuala Lumpur tergelincir ketika cuba mendarat dalam cuaca hujan lebat pada pukul 10.17 malam Sabtu.

Kira-kira 3,000 penumpang terkandas selepas penerbangan dibatalkan susulan insiden itu.

Penyambungan semula operasi di lapangan terbang itu membawa berita gembira kepada penumpang.

Penerbangan mereka yang terjejas dengan penutupan itu akan dijadualkan semula pada Isnin.

Lapangan Terbang Sibu menyediakan penerbangan ke Kuala Lumpur, Johor, Kuching, Miri, Bintulu dan Kota Kinabalu yang melibatkan kira-kira 48 penerbangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");