Perak Hari Ini

Lee Chee Leong, Hamzah Kassim Dipilih Jadi Ahli Dewan Negara

IPOH:Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong dan Ketua Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Kassim dipilih sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 21 April ini.

Cadangan itu dikemukakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada sesi persidangan keenam mesyuarat pertama, penggal kelima Dewan Negeri Perak yang ketiga belas hari ini.

Kedua-dua calon itu mendapat sokongan penuh 31 daripada 59 undi iaitu daripada wakil pihak kerajaan negeri kepada keputusan cadangan yang telah disokong oleh Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad.

Pengiraan undi bagaimanapun berlaku sedikit kekecohan apabila pihak pembangkang bertindak mengangkat kedua-belah tangan semasa sesi pengiraan undi bagi calon yang dikemukan oleh Adun Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Adun Teja Chang Lih Kang.

Sesi pengiraan undian dijalankan semula bagi memenuhi permintaan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, S. Thangasvari.

Bagaimanapun wakil pihak pembangkang enggan memberi undian sebagai tanda protes kerana tidak bersetuju terhadap keputusan pengiraan semula undi oleh Yang Dipertua Dewan sekaligus tiada sebarang undian diberikan kepada wakil yang dicalonkan oleh Adun Changkat Jering dan Adun Teja.

Turut diluluskan usul Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak Darul Ridzuan, Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Terdahulu Nizar telah mencadangkan peguam, Nga Hock Cheh manakala Lih Kang telah mencadangkan bekas Adun Lubuk Merbau Mohd Zainudin Yusof.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");