Jenayah

Lelaki tersepit maut kemalangan 2 kenderaan

KAMPAR : Seorang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Batu 20, Jeram di sini awal pagi tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Mohamad Faez Manaf, 25, yang memandu Proton Iswara meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah manakala pemandu Toyota Harrier yang terbabit kemalangan sama, tidak cedera.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar, Penolong Penguasa Bomba II Ahmad Shah Tahir, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.15 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba di lokasi kemalangan itu anggota bomba mendapati pemandu Proton Iswara tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi menyelamat itu tamat pada jam 3.34 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");