Berita Hari Ini

Letupan di Russia: Wisma Putra kumpul maklumat

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Moscow sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan komuniti Malaysia di St Petersburg bagi memastikan tiada rakyat negara ini terbabit dalam insiden letupan kereta api bawah tanah, semalam.

Memetik sumber Berita Harian Online, dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra juga mahu rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden itu dan memerlukan bantuan konsular supaya menghubungi pihak kedutaan besar Malaysia di sana segera.

Kenyataan itu menyebut, pihak berkuasa tempatan juga ketika ini masih menjalankan proses pengecaman ke atas mangsa yang terbabit.

“Kementerian Luar ingin mengesahkan insiden letupan kereta api bawah tanah di St Petersburg, masing-masing berlaku di Stesen Sennaya Ploschad dan Stesen Tekhnologichesky Institute pada 3 April 2017, jam 2.30 petang waktu tempatan.

“Laporan awal mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 50 orang tercedera manakala 10 orang maut dalam insiden ini,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra merakamkan takziah dan simpati ke atas pihak keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terbabit dalam insiden ini.

Mana-mana pihak yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pejabat keduataan Malaysia di Moscow, +7 495 419 9898 / +7 495 419 9899 atau e-mel : [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");