Sukan Hari Ini

Liga M: Kelantan rancang lantik jurulatih asing

KOTA BHARU: Kelantan dijangka mendapatkan khidmat jurulatih luar negara bagi memperkuatkan barisan kejurulatihan pasukan itu.

Perkara itu diumumkan Penasihat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, menerusi catatan terbaru di akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.

“Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, ada menghubungi saya bagi kali kedua memohon saya membantu KAFA dengan membawa jurulatih antarabangsa,” katanya yang juga Pengerusi Al Hamra.

Annuar akan mempertimbangkan perkara itu melalui perbincangan bersama pengurus pasukan, Datuk Rosmadi Ismail dan Pemangku Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah.

“Kita usahakan jika perlu begitu,” katanya.

Kelantan ketika ini berada pada kedudukan keenam dengan 12 mata. Dalam aksi terakhir Rabu lalu di laman sendiri, skuad tuan rumah tewas 2-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");