Sukan Hari Ini

Lin Dan juarai Terbuka Malaysia

KUCHING: Juara dunia lima kali dari China, Lin Dan akhirnya merekodkan gelaran sulung Terbuka Malaysia selepas mengatasi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dalam aksi final, di sini, sebentar tadi.

Beraksi di hadapan kira-kira 5,000 penonton yang hadir ke Stadium Perpaduan Kuching itu bagi menyaksikan pertarungan epik berkenaan, Lin Dan membuktikan dia masih berbisa apabila melakar kemenangan 21-19, 21-14.

Kejayaan itu menamatkan penantiannya bagi memenangi gelaran Terbuka Malaysia selepas sering kali dikecewakan.

Lebih manis, kemenangan ke atas Chong Wei kali ini berjaya melunaskan dendamnya selepas tewas di tangan lawan itu dalam aksi final edisi 2006 di stadium yang sama.

Bagi Chong Wei pula, biarpun gagal dalam misi memburu gelaran Terbuka Malaysia buat kali ke-12, dia masih kekal sebagai pemain terbanyak muncul juara dengan 11 kejuaraan dan rekod itu sesuatu yang sukar untuk dipecahkan pemain lain, memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");