Membawang Hari Ini

Liyana Jasmay rakam semula lagu KRU

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay mengesahkan bakal merakamkan semula lagu popular trio adik-beradik, KRU yang diberi nafas baharu sebagai runut bunyi filem, Bella & Jamie.

Liyana yang ditemui ketika majlis pertunjukan koleksi rekaan terbaharu Mermaid Luxe dengan kerjasama portal beli-belah, Zalora, baru-baru ini, berkata lagu yang sudah dipilih itu bakal dirakamkan tidak lama lagi.

“Perbincangan sudah dibuat sejak tahun lalu dan yang pasti, lagu itu ialah ciptaan KRU yang begitu popular sedikit masa lalu. Saya memilih lagu ciptaan KRU kerana ia bersesuaian dengan jalan cerita filem itu.

“Cuma ketika ini, saya belum bersedia mendedahkan apa judul lagu itu kerana mahu memberi kejutan kepada peminat,” katanya mengenai filem pertama terbitan syarikatnya, Mermaid Studios yang ditubuhkan bersama kakaknya, Edriana.

Filem arahan pengarah muda berbakat Fairul Nizam Ablah itu menyaksikan Liyana beraksi sebagai teraju utama di samping Juliana Evans, Izzue Islam, Dynas Mokhtar dan Khir Rahman. Ia bakal menemui peminat di pawagam pada Oktober depan.

Mengulas mengenai kerjaya nyanyiannya, selepas mempertaruhkan Oh Na Na dan Selesa Tanpamu, ibu kepada dua anak itu bakal menghadiahkan peminat dengan single terbaharu berjudul Rasa Begitu.

“Demo untuk lagu itu baru disempurnakan dan proses rakaman hanya akan dimulakan selepas musim raya nanti. Jika segelintir penyanyi selesa mempromosikan single mereka untuk jangka masa yang lama, saya pula mengambil pendekatan berbeza.

“Saya cuba mengubah senario itu dengan berterusan menghasilkan single untuk memastikan kelangsungan kerjaya nyanyian,” katanya.

Sementara itu, Liyana berbangga dapat bekerjasama dengan Zalora untuk mempromosikan koleksi raya Mermaid Luxe.

“Jenama yang saya perkenalkan itu juga akan dijual di Metrojaya, Mid Valley Mall bermula Mei hingga Julai depan. Koleksi raya ini diusahakan sejak Oktober tahun lalu,” katanya memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");