Jenayah

Lori Tanah Rempuh Tiang Plaza Tol

IPOH: Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan arah utara cemas seketika apabila sebuah lori yang membawa muatan tanah terbabas sebelum merempuh tiang Plaza Tol Ipoh Selatan, dekat Ampang di sini pagi Sabtu.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu menyebabkan pemandu lori berusia dalam lingkungan 50-an patah kaki kanan.

Sementara itu, jurucakap polis Perak ketika dihubungi berkata lori berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Gopeng ke Ipoh sebelum dipercayai memasuki laluan tol untuk kereta.

“Lori itu terlalu besar dan tidak muat lorong tol yang mahu dilaluinya, namun punca sebenar kejadian masih disiasat,” katanya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Abdul Khir Md Noh berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.21 pagi sebelum 13 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati seorang lelaki yang juga pemandu lori tersepit di tempat duduknya. Dia berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan di kaki sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini Sabtu. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");