Perak Hari Ini

Lori Terbalik Sebabkan Trafik Sesak Di Simpang Pulai

SIMPANG PULAI: Trafik tidak bergerak dan terhenti selama hampir dua jam di kilometer 278.1 Lebuhraya Plus menghala ke arah utara berikutan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perak, kejadian berlaku sekitar jam 6.24 pagi tadi.

“Panggilan kecemasan diterima pihak penyelanat sekitar jam 6.24 pagi tadi lebuhraya berhampiran Bandar Baru Tambun.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori yang terbabas lalu melanggar pembahagi jalan,” kata sumber.

Difahamkan terdapat seorang mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Setakat ini trafik masih sesak dan orang ramai kelihatan keluar dari kenderaan mereka di sepanjang lebuhraya tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");