Perak Hari Ini

Mahathir Hanya Dipergunakan Pembangkang – Hamzah

BATU KURAU: Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yakin bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad hanya dipergunakan oleh Pakatan Harapan demi memenuhi kepentingan mereka.

Menurut Hamzah, beliau percaya kumpulan itu tidak akan membenarkan Mahathir menjadi pemimpin besar sebaliknya penasihat DAP Lim Kit Siang yang akan menjadi pemimpin diktator dalam pakatan berkenaan.

“Ini menunjukkan apabila kita melakukan sesuatu biarlah kita bertanggungjawab. Mahathir tak sedar orang menggunakan dia.

“Kita tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang di mana akhirnya kita sendiri yang kena. Janganlah kita jadi seperti peribahasa Melayu ‘meludah ke langit akhirnya kena batang hidung sendiri,” katanya.

Menurut beliau juga, Mahathir tidak menyedari bahawa dia hanya dipergunakan kerana statusnya sebagai bekas Perdana Menteri.

“Saya sedih kerana pada hari ini seorang bekas pemimpin besar dikutuk dan dicerca termasuk orang dalam parti yang dia anggotainya sekarang.

“Saya tengok Penasihat DAP Lim Kit Siang duduk sebelah Mahathir tetapi sinis dengan perasaan bahawa Mahathir sudah percaya kepada Kit Siang. Mahathir tak tahu dia hanya dipergunakan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir Parlimen Larut di Arena Batu kurau di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 502 orang penduduk yang rumah mereka dilanda banjir kilat menerima bantuan barangan keperluan dapur. Peruntukkan sebanyak RM 75,000 juga telah diluluskan dan akan mula diagihkan bermula minggu hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");