Perak Hari Ini

Majlis Hi-Tea Meraikan Pasukan Sepak Takraw MAKSAK Perak

IPOH: Bagi menghargai kejayaan pasukan Sepak Takraw MAKSAK Perak yang telah menyertai Karnival MAKSAK Kebangsaan 2017 di Shah Alam, Selangor, sebuah Majlis Hi-Tea bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan telah dianjurkan.

Abdul Puhat dalam ucapannya berkata, majlis yang diadakan khas bagi meraikan kejayaan mereka atlit negeri itu diharap dapat memberi motivasi kepada mereka untuk meneruskan kejayaan dalam sukan berkenaan.

“Menjadi harapan kita untuk melihat kejayaan mereka bagi kejohanan di masa akan datang. Ini kerana Pasukan Perak mempunyai barisan pelapis muda yang mampu memberikan saingan terbaik serta yakin dengan bakat serta komitmen yang diberikan.

Pasukan Perak dalam kategori berpasukan dan veteran telah meraih kejayaan iaitu Naib Johan bagi kumpulan Senior Berpasukan, Kategori Pasukan Veteran (Tempat Ketiga Bersama) dan Pemain Tekong Terbaik MAKSAK, saudara Meor Mohamad Zulfikar bin Mat Amin.

Pasukan Perak mempunyai satu pasukan yang mantap dan menjadi pesaing kepada pasukan pihak lawan hingga ke akhir perlawanan malah dengan strategi dan kekuatan mental, pemain mampu mempertahankan semangat juang yang tinggi walaupun mempunyai jadual yang padat.

Dalam majlis tersebut, Abdul Puhat telah menyampaikan pingat dan insentif kepada pasukan Sepak Takraw MAKSAK Perak.

Majlis turut dihadiri Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, Pengurus Besar Yayasan Perak, Aida Hazlyn Hassan dan Setiausaha MAKSAK Perak, Yuhanas Auree Kamaruddin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");