Membawang Hari Ini

Majlis nikah, reunion AF buat Edlin

KUALA LUMPUR: Berdebar menanti detik dinikahkan dengan jejaka pilihan malam ini, bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Edlin Abdul Rahim, 33, mengaku tidak sabar bertemu teman program realiti itu.

Bagai majlis reunion, pernikahan Edlin dengan Nik Shahril Nik Ibrahim, 44, bakal dihadiri teman rapat daripada kumpulan pelajar AF2.

“Insya-Allah setakat ini saya mendapat maklum balas positif kerana semua teman AF akan hadir. Cuma saya tak dapat menjejaki Linda Nawuwil dan Kaer Azami. Mas pun berada di Sabah dan belum pasti dapat datang.

“Lama tak berjumpa mereka kerana kekangan masa dan masing-masing sibuk. Saya selalu berjumpa Akma saja,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Majlis bertandang pula akan diadakan pertengahan bulan ini.

Bercerita mengenai bakal suami, Edlin menyifatkan lelaki yang dikenali secara serius sejak dua tahun itu ringkas orangnya.

“Dia memahami dan tak banyak cakap. Saya terpikat dengannya kerana dia sentiasa tersenyum. Kalau marah pun, dia masih mampu tersenyum.

“Selama kami rapat pun, jaranglah bertengkar dan bermasam muka. Harapnya sampai bila-bilapun, hubungan kami akan begini… Insya-Allah,” katanya. Edlin berkata, dia akan menggayakan busana dihasilkan pereka fesyen terkenal.

“Untuk majlis nikah saya akan gayakan rekaan Furzana Moktaza. Busana untuk resepsi pula daripada Rizalman manakala majlis bertandang rekaan Cosry,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");