Perak Hari Ini

Maklumkan Pada Kerajaan Negeri Jika Ada Mahasiswa ‘Berlapar’

LUMUT:Pihak universiti dan para perwakilan pelajar di setiap universiti awam dan swasta disaran tampil memaklumkan kepada kerajaan negeri sekiranya mendapat pelajar negeri ini yang di universiti awam yang mempunyai masalah kewangan hingga menyebabkan mereka kelaparan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sekiranya situasi itu wujud maka pihak universiti perlu segera memberitahu kepada kerajaan negeri supaya bentuk bantuan yang sesuai dapat disalurkan kepada pelajar terbabit.

Bagaimanapun setakat ini katanya kerajaan negeri masih belum menerima sebarang aduan dan masalah berkaitan perkara itu.

“Pihak pimpinan pelajar perlu tampil memaklumkan kepada kerajaan negeri sekiranya ada mahasiswa yang menghadapi kesulitan seperti yang dilaporkan sehinggakan terpaksa berlapar,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) di sini hari ini.

Terdahulu seramai 38 perwakilan telah dilantik bagi sesi kali ini dengan penambahan dua wakil pelajar daripada kaum India.

Tambahnya lagi,pada sesi tersebut mahasiswa telah membentangkan tiga usul utama iaitu berkaitan kebajikan, proses pemohonan bantuan derma siswa dan perkembangan kemahiran insaniah (soft skills) yang diperlukan oleh mereka kini.

“Kerajaan negeri akan memperhalusi cadangan yang dilontarkan oleh mereka berkaitan proses pemohonan derma siswa dan pinjaman pendidikan menerusi Yayasan Perak supaya ia menjadi proses mudah dan tidak merumitkan,” katanya.

Katanya lagi, penyediaan pinjaman pendidika merupakan satu kemudahan buat pelajar jadi ia tidak seharusnya menyusahkan mereka yang perlu melalui pelbagai proses untuk kelulusan.

Pihak Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan cadangan pemberian bantuan kepada keluarga pelajar universiti yang dibawah pendapatan RM1,500 dan didapati menghadapi kesulitan hidup untuk meneruskan pengajian di universiti.

“Kita akan lihat pendekatan yang digunakan negeri lain dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");