Berita Hari Ini

Malaysia buka pintu kepada pembikin filem India

NEW DELHI: Malaysia telah membuka pintunya kepada India, negara pembikin filem terbesar di dunia, untuk menjadikan negara sebagai lokasi pilihan mereka menghasilkan lebih banyak filem dan siri televisyen.

Memetik sumber Astro Awani, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyifatkan dirinya sebagai peminat setia filem India, berkata pembikin filem India boleh memanfaatkan pemandangan yang unik, budaya, kepelbagaian dan bakat seni di Malaysia.

Najib berkata Malaysia bersedia menawarkan insentif kepada penggiat industri hiburan India.

“Saya menemui wakil daripada industri hiburan hari ini dan mereka bertanyakan jika kita boleh menawarkan beberapa insentif,” katanya pada majlis makan malam gala anjuran Forum CEO Malaysia-India (MICEOF) bersempena lawatan beliau ke sini.

Industri filem India adalah terbesar di dunia dari segi angka filem dihasilkan, antara 1,500 dan 2,000 filem setiap tahun dalam lebih daripada 20 bahasa.

Beliau memberitahu penggiat industri hiburan India bahawa kebanyakan rakyat Malaysia adalah peminat filem Bollywood dan Kollywood.

“Nampaknya banyak minat terhadap filem India di Malaysia,” kata Najib.

Turut hadir, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor , Pengerusi Bersama MICEOF Malaysia Tan Sri Krishnan Tan, dan Pengerusi Bersama MICEOF India Milind Kamble.

Berdasarkan interaksi beliau dengan semua tokoh utama perniagaan, hiburan, politik dan industri beberapa hari lepas, Najib yakin banyak perkara terbaik masih belum dikecapi oleh kedua-dua negara.

Najib memulakan lawatan ketiganya ke India sebagai perdana menteri, dengan singgah di Chennai, bandaraya di selatan negara berkenaan, dan juga melawat Jaipur, yang menyaksikan syarikat-syarikat Malaysia membida enam projek jalan raya dan lebuh raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");