Berita Hari Ini

Malaysia Ranking Ke 11 Indeks Persaingan Global Bidang Pengangkutan

KUALA LUMPUR:Malaysia kini berada di ranking kesebelas dalam kalangan 138 negara dalam Indeks Persaingan Global 2016-2017 Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai bidang pengangkutan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu menerusi ranking itu, ia sekaligus dapat mengenal pasti pengguna Malaysia menikmati nilai wang yang berbaloi dalam perjalanan harian mereka mengatasi rakyat Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

“Kita harus berbangga dengan percapaian ini. Ia adalah hasil langsung yang kerajaan sumbangkan, tetapi itu bukanlah keseluruhannya, katanya dengan menjanjikan masa depannya adalah lebih baik.

“Ia juga adalah pengiktirafan dari usaha dan polisi kerajaan pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang mendahulukan rakyat,” kata Najib menerusi posting terbaharu blog beliau.

Perdana Menteri berkata perhubungan untuk rakyat menerusi pengangkutan berkualti dan mampu bayar adalah tanda ikhlas dan dekat dihatinya.

“Hari ini, hasil perancangan yang teliti dan berpandangan jauh, rakyat Malaysia mendapat manfaat hasil daripada penggunaan Aliran Transit Massa (MRT) menerusi kejayaan pelancaran fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang pada Disember lalu, kata Najib.

Beliau berkata tidak lama lagi, rakyat malah akan lebih berhubungan dengan tersiapnya MRT, Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dan Rel Berkelajuan Tinggi KL-Singapura,” katanya.

Perdana Menteri menekankan walaupun kerajaan menyediakan infrastruktur berkelas dunia kepada rakyatnya, ia mesti juga insklusif dalam polisinya.

“Saya percaya tiada sesiapa yang mesti ketinggalan dan sebab itu kita terus maju dengan projek infrastruktur mega seperti Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak selain Laluan Rel Pantai Timur di Semenanjung,” katanya.

Najib menyifatkan projek-projek itu yang akan siap pada pertengahan penggal sebagai pengubah strategi.

“Insya-Allah, mereka akan mengubah landskap sosio-ekonomi Malaysia dan cara rakyat kita hidup, bekerja, mengembara dan melakukan urusan, Saya teruja dengan masa depan negara kita,” tambah beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");