Berita Hari Ini

Malaysia tak tutup kedutaan di Korea Utara – TPM

SUBANG:Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia tidak akan menutup pejabat kedutaannya di Korea Utara susulan pembunuhan Kim Jong-nam, kata

Malah jelasnya Malaysia juga tidak mempunyai hasrat untuk memutuskan hubungan dengan Korea Utara walaupun wujud polemik di antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini.

“Menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita izinkan rakyat Korea Utara untuk pulang ke negara asal mereka berdasarkan hubungan bilateral Malaysia-Korea Utara.

“Mereka (rakyat Korea Utara) yang berada di depoh Jabatan Imigresen pula akan diuruskan untuk dihantar pulang ke negara berkenaan. “Selain itu, rakyat Korea Utara yang masih berada di Malaysia adalah tertakluk dengan akta Imigresen, justeru perkara itu tiada perubahan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-24, pada Sabtu.

Mengulas pemalsuan kenyataan bersama yang didakwa dikeluarkan Wisma Putra dan Republik Korea Utara, Ahmad Zahid berkata, sebarang keputusan dibuat Kementerian Luar adalah kenyataan rasmi kerajaan.

“Semua tatacara yang tertakluk kepada keputusan (mengenai hubungan Korea Utara-Malaysia) dibuat Kementerian Luar,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Semalam, satu kenyataan bersama didakwa dikeluarkan Wisma Putra dan Republik Korea Utara tersebar menerusi aplikasi WhatsApp sebaik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkembangan mengenai usaha membawa balik sembilan rakyat Malaysia.

Antara kandungan kenyataan itu ialah menarik balik larangan perjalanan keluar masuk rakyat di kedua-dua negara; mengambil usaha untuk memperkenalkan semula Program Pengecualian Visa (VWP) dan memperkuhkan hubungan Malaysia-Korea Utara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");