Isu Panas

Masa Depan Sturridge Belum Terjamin

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp enggan memberi jaminan terhadap masa depan Daniel Sturridge di Anfield.

Pemain antarabangsa England itu sering bergelut dengan kecederaan musim ini dan hanya membuat lima penampilan dalam kesebelasan utama di Liga Perdana Inggeris di samping menyumbang dua gol.

Malah pemain berusia 27 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan Januari lalu namun akhirnya tetap kekal bersama Liverpool.

Semalam, Klopp berkata dia masih belum mempertimbangkan siapa yang bakal dijual hujung musim ini tatkala masih mengharapkan Sturridge menyuntik ketajaman dalam barisan serangan memasuki hujung musim ini.

“Ia bukan perkara mudah tetapi yang penting dia sudah kembali dengan masih berbaki enam perlawanan. Saya gembira dengan senario ini,” dia memberitahu sidang media.

“Dia menghadirkan impak ketika berdepan SToke. Kami perlu membuat penilaian setiap kali tamat sesi latihan.

“Saya langsung tidak memikirkan rupa pasukan ini bagi musim depan. Kami hanya merancang untuk membuat pembelian tetapi tidak lebih daripada itu.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");