Perak Hari Ini

Maut Di Dalam Longkang

MANJUNG: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Batu 16 Kampung Melayu, Jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak berkata, susulan kejadian itu pihaknya telah menerima panggilan sekitar jam 7.50 pagi dan bertindak serta merta.

Menerusi kenyataan yang diberikan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar telah dihantar ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima laporan berkenaan

“Setibanya anggota di lokasi kejadian, kami dapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal terbabas ke dalam longkang.

“Dipercayai mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");