Perak Hari Ini

MB Rasmikan Program Qiamullail dan Solat Subuh Berjemaah serta Fit Masjid

TELUK INTAN: Walaupun sibuk menghadiri berbagai program sempena Permukiman Daerah Menteri Besar, namun Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempat menunaikan qiamullail dan solat subuh berjemaah di Masjid Saadah Kampung Bahagia di sini.

Dalam kesempatan itu juga, Zambry sempat merasmikan pelancaran Program Qiamullail dan Solat Subuh Berjemaah di masjid yang sama.

Menurut beliau, program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam usaha untuk menjalankan solat subuh secara berjemaah di seluruh negeri Perak.

Beliau dalam ucapannya berkata, program ini merupakan satu latihan kepada anak-anak muda dalam mengerjakan qiamullail dan solat berjemaah.

“Ini adalah sebagai latihan kepada anak-anak muda kita. Kita seharusnya mengalakkan mereka untuk mengerjakan qiamullail dan solat subuh berjemaah.

“Mungkin pada awalnya agak sukar, jangan kita marah mereka sebaliknya mulakan dahulu secara sederhana kerana lama-kelamaan mereka akan menjadi biasa dan minat, katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Mohd Nizar Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan ADUN Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

Pada majlis yang sama turut diadakan sesi penyampaian cenderahati (banner) kepada wakil-wakil masjid di daerah Hilir Perak dan pelepasan peserta program Fit Masjid (fun walk) sejauh 1km.

Antara acara lain yang diadakan adalah memanah dan senamrobik.

Selesai program berkenaan, Menteri Besar sempat meluangkan masa bersarapan dengan penduduk kampung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");