Perak Hari Ini

MB Sangkal Dakwaan Perak Gagal Tarik Pelaburan Baru

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyelar dakwaan pihak pembangkang bahawa masih belum mampu menarik pelaburan datang ke negeri ini.

Tegasnya Perak kini berjaya menduduki tempat kelima dari sudut pencapaian kemasukan pelaburan tertinggi di Malaysia.

“Seperti yang dirancang, jumlah pelaburan terus meningkat bagi tahun ini seperti sasaran yang ditetapkan dan jumlah pelaburan ke Perak untuk dua tahun berturut, melebihi sasaran yang ditetapkan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Malah jelasnya jumlah pelaburan di Perak bagi tahun 2015 ialah RM3.8 billion mengatasi sasaran tahunan sebanyak RM2.71 billion. Bagi tahun 2016, sebanyak RM3.9 billion direkodkan, juga melebihi sasaran yang ditetapkan untuk tahun lepas sebanyak RM2.9 billion.

“Walaupun Perak di tangga kelima, semua pelaburan ini telah dilaksanakan dan beroperasi ini termasuk pembesaran Central Medicare di Kg Selabak Changkat Jong (sarung tangan getah), pembesaran Teleflex di Taiping (kelengkapan perubatan berasaskan getah), Comfort Rubber, Taiping (sarung tangan getah). Sagami di Batu Gajah (membuat sarung getah) pula sedang dibangunkan,” katanya.

Kerajaan negeri melalui InvestPerak juga katanya sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menarik pelabur dari dalam dan luar negara sejajar dengan saranan Pelan Tindakan Pembangunan Perindustrian Negeri Perak (PIDAP).

“Ia termasuklah mengenalpasti sektor-sektor industri dan pelabur baru seperti industri peleburan besi waja, pembentukan logam (metal fabrication), pembuatan komponen aeroangkasa, industri berkaitan ‘medical devices’ dan pembuatan komponen industri tenaga,” katanya.

Kerajaan negeri juga katanya menggalakkan pembesaran operasi industri sedia ada dengan menerapkan penggunaan teknologi baru dan penglibatan aktiviti penyelidikan & pembangunan (R&D).

“Terdapat banyak pelabur sedia ada yang sedang giat mengembangkan operasi dan mempelbagaikan produk mereka.

“Antaranya Central Medicare Sdn Bhd, Lattex Manufacturing, BROMMA Sdn Bhd, Murata Electronics Manufacturing, Finisar Sdn Bhd, Tigges Fasterners, Yamaha Manufacturing, Sagami Sdn Bhd, Lhoist dan Envotech Sdn Bhd,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");