Berita Hari Ini

Media Perlu Beri Kritikan Membina Bantu Perkhidmatan Awam

PUTRAJAYA: Para pengamal media perlu memberi kritikan yang membina bagi menjadikan perkhidmatan awam lebih baik dan berkesan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Beliau berkata media memainkan peranan penting dalam memberi pujian atas kejayaan-kejayaan kerajaan serta adakalanya memberi teguran terhadap usaha kerajaan.

Katanya kerajaan bukan mengharapkan pujian daripada media setiap hari kerana pujian-pujian itu akan menjadikan perkhidmatan awam berada dalam zon selesa dan leka.

“Kita memerlukan media memantau perjalanan pelaksanaan sistem perkhidmatan awam kepada rakyat. Media adalah mata untuk kerajaan.

“Oleh itu, kita galakkan media memberi kritikan membina,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Ketua Setiausaha Negara Bersama Media 2017 di sini pada Selasa.

Ali berkata soal persepsi amat penting dan pihak media perlu membantu kerajaan memberi gambaran jelas kepada rakyat mengenai dasar-dasar dan program kerajaan.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad. — BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");