Berita Hari Ini

Memburukkan negara bukan ciri warga patriotik

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini membidas pihak yang berkata, tindakan mereka mengkritik perdana menteri dan memburuk-burukkan negara sendiri lahir daripada semangat patriotisme.

Katanya, melakukan sabotaj terhadap ekonomi Malaysia dengan menakut-nakutkan pelabur asing juga bukan tindakan patriotik, tetapi adalah suatu pengkhianatan.

Menjelaskan selanjutnya tentang perkara itu beliau berkata, kebanyakan ahli sejarah mengaku Adolf Hitler adalah seorang patriot dan Nazisme lahir daripada semangatnya itu, tetapi 100 juta orang maut akibatnya.

“Jika ada sesiapa yang ingin menimbulkan kekaguman kita tentang semangat patriotiknya, maka ia perlulah bermula dengan semangat ‘Negaraku’ dan Rukun Negara.

“Seseorang itu tidak boleh menolak semua ini dan mempunyai versi dan tafsiran sendiri mengenai patriotisme,” kata Salleh melalui catatan terbaru dalam laman blognya.

Menurut beliau, tafsiran paling tepat mengenai patriotisme dapat dilihat melalui tindakan, bukan melalui kata-kata.

“Patriotisme bukan melalui kata-kata, tetapi melalui apa yang seseorang itu lakukan,” kata beliau. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");