Sukan Hari Ini

Messi Ledak Dua Gol Atasi Sociedad

BARCELONA: Dua ledakan Lionel Messi membantu Barcelona melengkapkan kemenangan 3-2 ke atas Real Sociedad dalam saingan La Liga, awal pagi tadi untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Real Madrid.

Penyerang Barcelona itu meletakkan Barcelona di depan dengan ledakan rendah untuk gol pertama pada minit ke-17 dan menjaringkan gol kedua dengan sentuhan jaringan menarik pada minit ke-37.

Namun Sociedad berjaya merapatkan jurang apabila Inigo Martinez melakukan rembatan yang terkena Samuel Umtiti dan bola melantun masuk ke gawang Barca pada minit ke-42.

Ketika perlawanan babak pertama berbaki seminit, Paco Alcacer meletakkan Catalan di depan namun Xabi Prieto sekali lagi berjaya mengurangkan defisit apabila menjaringkan gol kedua pelawat pada masa kecederaan untuk menjadikan kedudukan 3-2 sebelum rehat.

Aksi di separuh masa kedua kekal tanpa jaringan walaupun Sociedad dilihat banyak memberi tekanan kepada tuan rumah untuk mencari gol penyamaan. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");