Perak Hari Ini

Mufti Perak Gesa Kerajaan Tarik Balik Keputusan Pindaan Akta 164, Elak Kekeliruan

IPOH:Mufti perak, Tan Seri Harussani Zakaria meminta kerajaan supaya tidak membentangkan bacaan kali kedua rang undang-undang pindaan akta membaharui undang-undang (perkahwinan dan perceraian) 1976 (akta 164) kerana dikhuatiri boleh mengganggu akidah umat islam.

Malah tegas beliau, pindaan akta itu bercanggah dengan keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan kali ke-87 pada 2009 yang memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk agama islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara lansgung beragama islam.

“Saya secara apa nama dari segi hukum dan dari segi tugas sebagai seorang mufti menasihatkan supaya akta atau undang-undang ini ditarik balik, jangan dibentangkan pada waktu ini, bahkan dalam mesyuarat jawatankuasa fatwa kebangsaan sendiri pun telah memutuskan bahawa perkara ini tidak boleh dilakukan kerana ia bertentangan sama sekali dengan Islam dan bertentangan dengan hukum-hukum syarak,” katanya dalam sidang media di Ipoh, perak, pagi tadi.

Terdahulu kabinet sebelum ini bersetuju supaya cadangan pindaan ke atas akta membaharui undang-undang (perkahwinan dan perceraian) 1976 (akta 164) diselaraskan dengan segera.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said telah mengemukakan usul itu di dewan rakyat untuk bacaan kali pertama pindaan Akta 164 pada Ogos tahun lalu.

“Akta 164 yang merupakan undang-undang keluarga bagi perkahwinan dan perceraian pasangan bukan islam akan dipinda berpandukan kepada tiga prinsip utama iaitu sebarang isu berbangkit berkenaan perceraian bagi perkahwinan yang didaftarkan secara sivil perlu diselesaikan di mahkamah sivil terlebih dahulu dan penyelesaian isu perkahwinan sivil dibuat di mahkamah sivil.

“Malah ia turut menekankan percanggahan berbangkit yang berlaku antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah diselesaikan secara perundangan,” katanya.

Ujarnya lagi,keputusan muzakarah itu telah diterima pakai dan sekiranya pindaan akta itu dibentangkan ia seolah-olah memperlekeh dan menghina fatwa serta tidak menghormati keputusan fatwa yang dibuat.

Tegas beliau lagi, cadangan pindaan 164 akan menafikan hak seorang mualaf, mendiskriminatorikan agama islam, mengenepikan bidang kuasa syariah dan bercanggah dengan peruntukan perlembagaan.

“Pada saya kita kekalkan yang ada kerana saya pernah jadi kadi selama 18 tahun, kadi besar di pulau pinang dan banyak perkara-perkara yang seperti ini takde pernah berbangkit masalah, bila saya hukum kan anak-anak ini adalah beragama mengikut maknya kerana nak masuk islam, atau mengikut bapa nya masuk islam, jangan diganggu-gugat, kalau sudah dia sampai umur dia baliqh, dia berakal dan dia nak keluar dia nak murtad itu lain cerita, jangan dipengaruhi jangan di paksa dia, jadi tak pernah, tak pernah ada pertikaian,” katanya.

Tambahnya lagi, pindaan Akta 164 tidak akan menyelesaikan masalah sedia ada sebaliknya akan mengakibatkan tercetus pertikaian dan masalahan baru jika ia diluluskan dan dikuatkuasa kelak.

Justeru itu beliau meminta kerajaan mempertimbangkan semula pindaan itu supaya tidak menimbulkan implikasi negatif kepada agama Islam serta semua pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");