Panasnya Hari Ini

PAS Terus Dapat Sokongan

KUALA LUMPUR: Ketika PAS diserang dari segenap sudut khususnya daripada parti komponen Pakatan Harapan, parti itu terus meraih sokongan apabila meluluskan 19,956 permohonan keahlian baharu sejak awal tahun hingga kini.

Malah daripada jumlah itu, seramai 1,951 ahli baharu diterima pada Januari, manakala Februari (5,394), Mac (5,385) dan April (7,206), dengan purata penyertaan 4,984 ahli sebulan.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, PAS dikepung dari segenap arah, diserang bertali-arus selain dilemparkan fitnah bertubi-tubi, namun pemimpinnya tetap tenang memacu perjuangan dengan langkah berhati-hati.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, politik matang yang bercirikan keteguhan prinsip perjuangan dan keterbukaan dalam variasi dakwah menjadikan indeks penyertaan ahli baharu PAS sangat memberangsangkan.

Katanya, budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi pendekatan terkini PAS sangat mengujakan masyarakat untuk menilai peranan dan kehadiran parti itu dalam khalayak. “Islam menjadi agenda utama perjuangan PAS.

Penyatuan ummah adalah usaha PAS secara berterusan untuk membina kekuatan.

“PAS tidak hanya beraksi lincah di pentas politik tetapi perjuangannya diperkaya dengan pengkaderan yang mantap dan berterusan.

“PAS terus istiqamah dan melangkah yakin menuju destinasi dan mencapai matlamat perjuangan. Menang kalah itu urusan yang akan ditetapkan oleh Allah SWT,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");