Isu Panas

PAS Tetap Fokus Untuk Lawan Umno

SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menafikan dakwaan bahawa parti itu sudah mulai bongkak apabila mahu bersendirian menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

Memetik sumber Sinar Harian,ujarnya matlamat parti itu tidak pernah lari daripada misi menumbangkan Umno dan BN pada PRU14 tetapi bukan bersama Pakatan Harapan.

“Tidak timbul soal sombong dan bongkak. Umno adalah musuh tradisi Pas sekian lama sebelum wujudnya parti-parti lain termasuk Amanah,” katanya melalui aplikasi Whatsapp.

Kelmarin, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, menyelar kenyataan Pas yang mengarahkan pembangkang berundur dan memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding sendirian menentang Umno/BN.

Sementara itu di HULU SELANGOR, Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata Pas bersedia bertanding di 45 daripada 56 kerusi Dun dan 15 daripada 22 kerusi di Selangor.

Beliau berkata, mereka akan meletakkan calon jika tiada persetujuan pembahagian kerusi dicapai.

“Keputusan itu akan dibuat berdasarkan perkembangan semasa, kerana kami tidak lagi terikat dengan perjanjian pada 2013 semasa bersama Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata, Pas Selangor telah menghantar senarai nama calon kepada Pas Pusat untuk dipertimbangkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");