Perak Hari Ini

Pegawai Kerajaan Beri Dokumen Rasmi MB Inc Akan Dikenalpasti

IPOH:Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pihaknya akan mengenal pasti pegawai kerajaan yang membocorkan dokumen rasmi Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak kepada pihak pembangkang.

Malah tindakan itu perlu jelasnya berikutan kerana penjawat awam sepatutnya bertanggungjawab melindungi dan menjaga rahsia kerajaan seperti termaktub di dalam Akta Rahsia Rasmi.

“Ia bukan soal takut dan mahu melindungi perkara yang salah…tetapi setiap kakitangan awam bertanggungjawab untuk menjaga setiap dokumen kerajaan.

“Saya simpati kepada mereka dituduh begitu, oleh itu menjadi tanggungjawab saya pula mencari siapa (bertanggungjawab),” katanya pada sesi penggulungan perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Nga Kor Ming (DAP-Kepayang) yang mempersoal prestasi MB Inc malah turut mendakwa memperolehi dokumen rasmi perbadanan itu daripada pegawai kerajaan.

Mengulas mengenai MB Inc, Zambry berkata tindakan pembangkang adalah keterlaluan apabila menggambarkan seolah-olah perbadanan itu terlibat dalam pelbagai skandal dan mengandaikan ia lebih teruk daripada 1MDB.

Menurutnya pembangkang juga sering mendebatkan isu MB Inc dan mengulangi kenyataan yang sama di dalam persidangan DUN.

“Jika mereka memberi pandangan mengenai tadbir urus MB Inc, kita terima tetapi ini lebih kepada kebencian terhadap MB Inc.

“Saya tertanya-tanya apa sebenarnya di belakang kotak fikirnya (pembangkang)…mungkin mereka ada sesuatu agenda,” kata Zambry yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");