Perak Hari Ini

PEKA Anjur Tiga Program Kerjaya, Kemahiran Sempena Permukiman Menteri Besar

IPOH:Tiga program utama anjuran Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) bakal berlangsung bersempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak yang dijadual pada 18 April ini.

Eksekutif, Bahagian Perhubungan Awam Ilman Hakim Shahrom berkata program berteraskan kerjaya, kemahiran dan usahawan bakal disediakan khusus bagi pelajar lepasan sekolah, graduan universiti dan belia negeri ini.

Program pertama, Skills@peka iaitu seminar Pembangunan Keusahawanan & Bengkel “Easy Step” Permasaran Atas Talian dijadual akan berlangsung pada 18 April ini bertempat di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan pada jam 8 hingga 5 petang.

Program ini memberikan peluang dan pendedahan kepada peserta mengenai cara-cara memasarkan sesuatu produk di atas talian menerusi laman media sosial sedia ada selain seminar berkaitan usahawan secara atas talian.

Manakala bagi program kedua iaitu program Eksplorasi Aliran Kerjaya (PEAK) dijadual berlangsung pada 21 April di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent yang bakal dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Program yang bermula pada jam 9 pagi itu bertujuan membantu meningkatkan pengetahuan serta kesedaran kepada pelajar mengenai perancangan kerjaya agar dapat membuka minda mereka kepada bidang kerjaya yang lebih luas dan bersesuaian dengan minat masing-masing.

Acara kemuncak adalah pada 22 April ini, iaitu Karnival Pendidikan Tinggi dan Kerjaya yang berlangsung pada jam 8.30 pagi di Dataran Pekan Rabu, Langkap.

Karnival itu bakal melibatkan penyertaan 10 syarikat, 10 institusi kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ia merupakan peluang buat golongan belia dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan pekerjaan dan maklumat berkaitan pusat pengajian di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");