Jenayah

Pekerja KFC Maut, Langgar Lembu

KUALA KRAI:Seorang pekerja KFC yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pak Jelak, dekat sini, maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar lembu di Kilometer 57, Jalan Kota Bharu,Gua Musang,di Kampung Keroh kira-kira jam 1.40 pagi tadi.

Memetik sumber Sinar Harian, mangsa iaitu Muhammad Faizal Mamat, 32,yang bertugas di KFC cawangan Tanah Merah cedera parah pada bahagian dada meninggal dunia di tempat kejadian .

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Tanah Merah menghala ke Kuala Krai.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai cuba mengelak sekumpulan lembu yang sedang melintas jalan.

“Bagaimanapun mangsa melanggar salah seekor daripada kumpulan lembu berkenaan.

“Mangsa kemudiannya dikatakan gagal mengawal motosikal ditunggangnya lalu terbabas ke tengah jalan,” katanya.

Abdullah berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.

Susulan kejadian itu, Abdullah meminta kerjasama penternak lembu agar tidak melepaskan ternakan berkeliaran sekitar jalan terutama pada waktu malam.

Malah jelasnya kemalangan kerap berlaku di kawasan kejadian.

“Bagi mengelak kemalangan berulang, jabatan berkaitan mungkin boleh mengambil tindakan ke atas penternak yang membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan jalan raya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");