Panasnya Hari Ini

Pelantikan Hishammuddin Beri Isyarat PM Najib Akan Lepas Jawatan – Amanah

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub menganggap pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggalas jawatan Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri sebagai isyarat perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat.

“Pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah isyarat Najib akan berundur dari jawatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat dan Hishamuddin akan ambil alih jawatan untuk memastikan kesinambungan dan hayat UMNO dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menganggap pelantikan Hishamuddin bukan perkembangan baik untuk cita-cita politik Datuk Seri Ahmad Zahid.

“Ini sama ada Hishammuddin mahu cabar (Ahmad) Zahid untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO atau Hishammuddin sendiri bermasalah mempertahankan kerusi Naib Presiden yang disandangnya,” kata Rafizi.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula menganggap dengan pelantikan itu, Hishammuddin merupakan orang kedua paling berkuasa.

“Hishammuddin mungkin bukan Timbalan Perdana Menteri tetapi beliau jelas menjadi orang kedua paling berkuasa dalam kerajaan UMNO/BN,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berasingan menyatakan sokongan beliau terhadap pelantikan Hishammuddin.

“Saya menyokong tugas baharu yang diberikan untuk membantu Perdana Menteri dalam misi dan tugas-tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan tugas tertentu yang akan membawa kepada kelicinan pentadbiran kerajaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Malah Hishammuddin dalam satu kenyataan hari ini menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan pelantikan beliau sebagai Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.

“Ini keputusan perdana menteri sendiri, jangan ada mana-mana pihak cuba nak gembar-gemburkan atau cuba nak cari perkara-perkara yang boleh laga-lagakan kita pulak kerana Datuk Seri Zahid telah buat kenyataan dia setuju perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");