Isu Panas

Pembangkang Belum Sedia Satu Lawan Satu Dengan BN

KUALA TERENGGANU: Pembangkang seolah-olah belum bersedia mencabar BN secara satu lawan satu menjelang PRU14, memandangkan belum ada satu kata putus berhubung perkara itu sehingga kini.

Pemimpin pembangkang termasuk Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali walaupun bersetuju strategi satu lawan satu boleh memberi kelebihan kepada pembangkang dalam matlamat menjatuhkan kerajaan sedia ada, namun suasana politik semasa ketika ini tidak memperlihatkan perkembangan lebih positif ke arah itu.

“Dari sudut menghadapi BN Umno ini, (pertandingan) satu lawan satu memang lebih baik daripada tiga penjuru. Tetapi adakah ini boleh dicapai atau tidak, bergantung kepada keadaanlah,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.

Beliau turut menegaskan bahawa perlawanan tiga penjuru hanya akan menyebabkan keuntungan di pihak BN.

Bagaimanapun katanya, sebagai parti yang sudah lama menyertai dunia pilihan raya, pihaknya tiada masalah kerana dengan jentera akar umbi yang kuat, kedudukan Pas dalam politik tetap baik berbanding parti-parti baharu.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, perlawanan tiga penjuru adalah satu strategi dan bukan prinsip sambil menegaskan bahawa strategi boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.

Beliau bagaimanapun tidak menolak sebarang strategi atau kaedah yang berpihak kepada pembangkang untuk berhadapan dengan Umno dan BN boleh berlaku menjelang PRU14, memetik sumber Sinar Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");