Jenayah

Pembantu penguat kuasa KPDNKK didakwa rasuah RM200

ALOR SETAR: Seorang pembantu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan menerima suapan RM200 di Padang Terap, tiga tahun lalu.

Memetik sumber Berita Harian Online, Norzaishafril Shafie, 37, meminta dibicarakan selepas mengangguk faham apabila pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Berdasarkan pertuduhan, Norzaishafril yang juga Pembantu Penguat Kuasa KPDNKK cawangan Kubang Pasu, dekat sini, menerima suatu benda berharga iaitu wang tunai berjumlah RM200 dengan tiada balasan daripada Zafisah Zakaria, 40, yang mana Zafisah ada perhubungan dengan kerja rasmi tertuduh.

Norzaishafril dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah gudang minyak tidak bernombor di Kampung Remia Manis, Padang Terap jam 4.32 petang pada 24 September 2014.

Norzaishafril dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) A Hafiizh Abu Bakar.

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM4,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");