Jenayah

Pembantu Warden Madrasah Tahfiz Direman

KOTA TINGGI: Seorang pembantu madrasah tahfiz direman empat hari bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan murid berusia 11 tahun.

Memetik sumber Berita Harian Online, lelaki berusia 29 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini, jam 9 pagi tadi.

Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan polis menahan suspek bermula hari ini sehingga Khamis ini.

Dia ditahan di rumahnya di FELDA Lok Heng Barat dekat sini, jam 4 petang semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Mangsa mendakwa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

Jangkitan kuman berpunca daripada kecederaan terbabit menyebabkan keadaan mangsa semakin teruk sehingga kedua-dua kakinya terpaksa dipotong, Jumaat lalu.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak dua minggu lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");