Membawang Hari Ini

Peminat Gembira Lee Sung Kyung Dan Nam Joo Hyuk Bercinta

Peminat Kpop rata-rata menunjukkan kegembiraan apabila mendapat perkhabaran tentang hubungan cinta antara bintang utama drama ‘Weightligting Kim Bok Joo’ iaitu Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk baru-baru ini.

Pasangan kekasih pada skrin dari drama terbitan MBC itu mengesahkan bahawa hubungan percintaan mereka sebenarnya turut berlangsung di luar kamera.

Berikutan laporan-laporan janji temu dan gambar-gambar eksklusif, label YG Entertainment mengumumkan pengesahan bahawa kedua-dua pelakon dan model itu kini sedang hangat bercinta. 

“Kami telah mengesahkan dengan Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk , dan telah diberitahu bahawa mereka telah mula rapat sejak terlibat dalam dunia model, dan baru-baru ini kedua-dua mereka mula menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih”

Lee Sung Kyung sebelum itu turut memaparkan posting-posting mencurigakan tentang percintaan mereka di laman Instagram namun hanya mengumumkan perkara baik itu baru-baru ini.

Apa-apa pun, peminat kedua-dua bintang Kpop ini ternyata menyatakan kegembiraan susulan kebanyakkan mengharapkan Sung Kyung dan Joo Hyuk adalah pasangan sebenar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");