Perak Hari Ini

Penduduk Tanjung Tualang Terima Wang Ehsan Bencana Dan Inden Kerja RMR1M

TANJUNG TUALANG: Penduduk-penduduk di Tanjung Tualang yang menjadi mangsa banjir kilat pada 24 – 28 Januari lalu dapat menarik nafas lega apabila menerima bantuan bagi meringankan beban mereka hari ini.

Bantuan wang ehsan dari Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi kepada 36 orang mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut.

Menurut beliau, bantuan wang ehsan tersebut diberikan bertujuan untuk mengurangkan beban mangsa-mangsa yang terlibat.

“Saya berharap melalui pemberian wang ehsan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mangsa yang terlibat untuk mereka teruskan kehidupan seharian.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus mengendalikan masalah bencana alam yang melanda kawasan ini dengan baik sekali,” katanya.

Pada majlis yang sama, turut diadakan Sesi Serahan Inden Kerja Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) peringkat Parlimen Kampar.

Sebanyak 31 Inden diserahkan kepada pemohon RMR1M yang turut menerima subsidi dari kerajaan sebanyak RM 31.840 bagi seunit rumah.

Nolee yang juga ADUN Tualang Sekah mengatakan, usaha itu adalah antara usaha kerajaan untuk membantu rakyat dalam pelbagai khidmat dan pembinaan rumah ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan.

“15 kontraktor telahpun dilantik, jadi harapan saya selaku wakil rakyat adalah supaya kontraktor ini dapat menjalankan tugas mereka dengan baik kerana ini adalah untuk rakyat.

“Segala bahan-bahan untuk kerja pembinaan rumah ini akan disediakan oleh pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mereka mulakan kerja dan habiskan dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

Majlis Penyerahan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) kepada mangsa banjir dan Sesi Serahan Inden Kerja RMR1M tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Tanjung Tualang.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Mohd Radzi Manan dan Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Mesra Sdn Bhd, Wan Azlan Wan Ab Rahman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");