Berita Hari Ini

Penetapan Kadar Minimum Tambah Nilai ‘Touch N Go’ Ditangguh

KUALA LUMPUR: Syarikat konsesi lebuh raya diarah menangguhkan penetapan kadar minimum RM30 bagi tambah nilai kad Touch n” Go di plaza tol supaya tidak membebankan pengguna, persidangan Dewan Negara diberitahu, Isnin.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menarik perhatian bahawa cadangan diusulkan Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) itu bertujuan mengatasi masalah kesesakan di lorong tambah nilai plaza tol terutama di waktu puncak.

“Kementerian telah mengarahkan syarikat konsesi menangguhkan inisiatif yang dicadangkan ini dan mencari kaedah lain dalam mengatasi masalah kesesakan yang berlaku.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap beban yang terpaksa ditanggung pengguna termasuk kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua pihak,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Shahanim Mohamad. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");